Tuesday 2 September 2014

This Evening xD

Assalamualaikum hai semuaa xD mesti pelik kan sebab apa aku rajin sangat update blog. Hihi saja saja bosan sebab tak jadi keluar petang ni. The paling tak best moment bila Anis cakap nak keluar petang ni tibatiba dia pulak yang pergi ikut ayah dia keluar Jerantut. Haihh , apa lah dia ni. Buat orang pening jaa. Baru plan nak pergi beli topup Shark petang ni , penyudahnya suruh adik aku jelah belikan. Si Shark pun sama , kata nak hantar number tapi tak jugak txt. Maybe malam kot. So whatever lah kannnn.

           Tadi tusyen BM. Memang tak dapat beri tumpuan langsung lah tadi. Pewlishhh ah syaza. SPM dah tak lama lagi , tapi aku masih lagi takda kesedaran. Eeiii kadang kadang bengang jugak dengan diri sendiri ni. Kenapa lah perangai malas ni tak ubah ubah dari dulu lagi. Ergh. Hate this feeling much! Emm.

           Harini memang hari yang happy ada annoying pun ada. Yang annoyingnya budak budak lelaki class aku tu haa. Perangai macam apa je. Macam budak budak! geram je nak tarik telinga sorang sorang xD silap bukan muhrim je. Kalau semuanyaa kembar aku , dah lama aku tarik je telinga tu. Asyik nak kenakan orang je kerja. Macam dah takda kerja lain pulak.

           Dah lah jadual tusyen pun satu lambat tampal dekat board bawah. So lambat lah tahu tusyen apa. Buat rugi masa je turun bawah masa rehat tadi , tengok tengok jadual pun takda lagi. Penat penat penat tahuuuu. Yang happynya , masa nak on the way ke class , ada orang panggil xD guess who? rahsia. Tapi taktahu lah kalau aku syok sendiri ke apa. Haha mesti rasa nak belasah aku kan? cerita tapi taknak bagitahu. Takpa lah biarlah rahsiaa.

            Then ada lagi happy moment , bila najeha dengan izaty bawak nasi goreng dorang! yeayyyyy! hihi sedap sedap. Selalunya aku bawak tapi hari ni tibatiba malas. Mungkin sebab dah lewat nak g sekolah tadi kot. Tapi rugi tak bawak , sebab mak masak nasi lemak xD nasi lemak mak sedap dooo. Sumpah tak tipu. Izaty pun marah marah aku tadi sebab tak bawak. Hihi sory izaty. Ada lagi happy moment , paper ekonomi rumahtangga dapat A. Berapa tu tak kira. Janji A. Tak kira lah A plus ke solid ke minus ke . kannnn. hihi. Boleh dah jadi wife orang haha. Gurau gurauuuu.

            Ohh yedakk? lama dah aku tak masuk gambar sepanjang tak update blog haha. Okay nanti aku upload. Jet jet orang nak tengok sangat je xD oh whateverrrrr. My life isn't perfect but i am grateful. Byeeee dearest reader.
           
                     



                                  With All my friends yang comel comel dan hensem hensem.

Monday 1 September 2014

September? Oh my lovely month!


Assalamualaikum peeps and hi September. Muahhh. Malam yang tenang tanpa bunyi bising. Tergerak pula hati nak story story dengan korang. Weekends haritu budak budak kv balik kan? ofkos automatik lah budak 4 orang tu balik jugak. So cuti 3 hari ni lepak saja dengan dorang. Tapi pagi tadi dorang dah balik kv semula. Goodbye Abby , Syu , Black and Anas. Jaga diri kat sana :')
  
                Ceh jet jet je nak sedih haha. Macam dah takda kawan pulak dekat ppptr ni hah. Nak tahu tak petang tadi kan aku teman budak budak ni lepak. Sebelum tu dorang nak pergi cari topup , pergi kedai d'mart takda , pergi kedai lain pun takpa penyudahnya pergi sampai keluar dari ppptr semata mata sebab topup? kerja gila bukan. Tapi tu realiti. Kita sangat memerlukan topup haha. Apa aku merepek ni.

                Okay main point dekat sini , korang teka sekarang bulan apa? Ogos? No! September. Yeayyy! berikan tepukan yang gemuruh semua. Guess what? apa yang ada dalam bulan ni? My birthday lah. Hihi seronoknyaaaa , lama dah aku tunggu bulan ni xD Alhamdullilah masih sempat lagi. Yang happynya lagi , setiap tahun time birthday aku mesti holidayy. Sebab my birthday jatuh pada 16 Sept. Cuti satu Malaysia a.k.a Hari Malaysiaa xD kalau kau jadi aku pun kau happy. Am i right? :)

                 Agak agak lah siapa lah yang first wish birthday aku eh? Mak? Ayah? Izaty? Ecah? Kesayangan? Farhan? ohhh kita tunggu dan lihat hii. Jangan nanti budak budak ni plan kerja gila sudah. Biasa lah budak budak sekarang , beli tepung telur lepastu baling sana sini. Membazir kan? sebab tu lah aku paling pantang orang buat kerja gitu. Kalau ayah nampak aku buat benda tu sah sah kena marah teruk. Bila kita tegur kang , sekali sekala katanyaa. Haihh. Yang paling tak boleh blaa , beli kek mahal mahal lepastu letak dekat muka. Apa ke bangangnya lah perangai -.- oppppsssssssss.

                   Tapi birthday time cuti pun tak happy lah sebab tak dapat celebrate dalam class. kalau dalam class aku ada kembar. Sebab apek sama birthday dengan aku xD hihi. Banyak tak dapat hadiah nanti? Astagfirullhalazim. Hikhikkk sory terlebih pulak. Okay lah time to sleep now. Take care uolssss. Sweet dream k. Byeeeeeeee xoxo.

Thursday 21 August 2014

The Senget One.

Assalamualaikum , hi. Harini kita bukak cerita pasal budak yg bernama Megat Muhammad Norhakimi Bin Asmadi. Aku pun terkejut jugak tahu nama panjang dia sebab baru tahu tadi haha. Selama ni dok panggil kimiy je. Okay , back to the main point. Nak tahu aku kenal dia dari mana? Dalam fesbuk. First aku tengok gambar dia time dia selfie dengan Afiq. Dia ni kawan Afiq. Aku bukak wall tengok tengok budak jp shas. Aku dah aa kuat stalker orang haha padan muka kau. Eeeii muka dia macam Idham laa sumpah. Aku asyik dok teringat kat Idham je kalau tengok muka dia. Cara dressup pun lebih kurang. Suara pun macam Idham. Dari hari first usha wall sampai lah sekarang kenal dia. Nasib baik jenis satu kepala , kalau tak macam tunggul jelah aku.

               Eh dengar sini budak kecik akak besar nak pesan , aku ikhlas tau nak kawan dengan kau ni. Nampak main main tapi ikhlas sebenarnya haha. Kau kalau ada masalah cakap lah dekat aku. Haritu demam pun lambat bagitahu kan. Ish ikutkan hati nak jek jek je kau ni. Lepastu nak pesan , belajar tu elok elok jangan kerja nak main je. Solat jangan lupa , tiang agama tu! (Untuk Peringatan Diri Aku Jugak) Dengar cakap mak ayah. Tak dengar cakap aku pun takpa janji dengar cakap mak ayah. Dari first time aku kenal kau sampai sekarang perangai kau sempoi je kan. Aku harap kau ikhlas jugak kawan dengan aku. HARAP HARAP. Jangan lupa aku sudah lah eh em em.

                                                       Comel tak? comel kan kan kan hihi.

P/S : Aku memang rindu kau pun :)

Friday 15 August 2014

Loved.

Hi Assalamualaikum semuaaa. Dah lama tak update. Ok next week dah trial spm hm tu yang makin hari makin busy. Nasib malam ni takda class. Esok seminar Math pulak. Ingatkan anjuran pihak sekolah smk ppp tun razak rupanya anjuran PPD. Patut lah sampai 300 orang pelajar. Persoalannya muat ke dewan tekam bestari smk ppp tun razak? hihihi. Opkos muat. Hm tahun ni tahun last aku dekat smk ppp tun razak. Mesti banyak kenangan yg tak boleh aku lupa :'( class 5 Amanah tuu is the best class ever. Sampai ada cikgu yg menangis nangis dengan perangai kami. Class aku selalu naik nama class paling nakal , bising , malas tapi class aku paling penyayang antara ahli ahli 5 Amanah je. Kami ibarat macam adik beradik , yang lelakinya abang yang perempuannya adik. Saling melindungi. Memang best lah. Komfem aku akan rindu segala galanya di smk ppp tun razak dan class 5 Amanah :'( mesti aku rindu nak tengok bob buat manja manja dgn cikgu Nee , rindu nak tengok along gelak , rindu nak tengok Adib buat tarian pelik pelik plus menyanyi mcm orang gila , rindu nak kacau Azizi dgn Afiq sebab dorang lah yang paling senyap dalam class tu , rindu nak kena tipu dgn Ruby , rindu nak dengar Maya membebel , rindu nak makan dalam class dgn Izaty and Najeha , rindu nak dengar wani cerita pasal k-pop , rindu nak buat kerja gila dengan Mira and Enot , rindu nak berborak dgn Ira time Sains dalam makmal , rindu nak tengok Nuna buat blur dalam class , rindu nak tengok wanie marah marah dalam class , rindu nak tengok Amin buat lawak bodoh and perangai kedekut yg teramat kedekut dia tu , rindu nak dengar wan izarul nyanyi and tiru suara artis sumpah sebijik dia boleh buat suara artis yg berlainan , rindu nak kena kacau dgn Shahrul Izwan a.k.a Gintong , rindu nak borak borak dengan Alif sebab dia suka tanya benda mengarut , rindu nak gelak gelak dgn abang katang a.k.a Fauzan , rindu nak dengar cerita Aiman dgn Fikhrul semuanya lawak , rindu nak dengar apek buat lawak , rindu nak tengok Liza tidur dalam class comel je , rindu nak panggil Arissa dgn panggilan "TINE" , rindu nak dengar Aty dgn Wahida gelakk , rindu nak dgr Qawiem dgn Botak cerita pasal bola dekat meja belakang , rindu nak beta dengan Egy , rindu nak belasah Paan , rindu nak kena kacau dengan shahril sebab dia suka je buat org marah. Semuanyaaa aku rindu especially bonda kami iaitu Teacher Azilayanti. Teacher baik sangat dengan kami semua , sayang kami mcm anak sendiri , tak pernah serik mengajar kami. Sama lah dengan cikgu cikgu lain , sabar je mengajar kami yg degil nak mampus. Haishhh mungkin bila dah habis sekolah suasana dah tak samaa :( harap harap dorang semua tak lupa aku lah.















 Love them :') My Everything.

Thursday 12 June 2014

Foxy Kax.

Hai Assalamualaikum. Khamis yang panas. Semalam hujan punya lah lebat harini panas pulak. Alhamdullilah :) haha sebenarnya aku update ni nak cerita pasal patung kax ni je. Akak aku tebus semalam dekat starmall. Tapi dia pergi ambik Portugal punya patung. Foxy nama dia. Aku suruh ambik Brazil jersey no 11 , Oscar tapi benda lain yang dia pilih. Portugal pun Portugal aa. Comel gilaa natang tu :)

Foxy. Comel.

hihi. 

 Hihi Evisu baruuuu. Yeayyyy akhirnyaa! memang takda kena mengena dengan patung kax tu. Bosan. Homework tak siap lagi. Kerja khusus seni tak siap jugak. emm GoodGirl -.- chaw.

Tuesday 10 June 2014

Kesayangan.

Assalamualaikum. Wiwittt. Story of my lifee :) cewah. aku nak story mory pasal kesayangan ni. Alaa macam lah aokme takda kesayangan kan , macam family ke kawan ke adik angkat dan seangkatan dengannya aa kekasih hati ke cehhh haha. Oh musuh ke , pun boleh jugak jadi kesayangan haha. Aku pun ada semua tu. Kau nak tengok? jap eh. Mana yang taknak tengok boleh hempas laptop anda.
                                                               
                                                                   
Ni nama dia syaza. Umur tujuhbelas. Spm candidates tahun ni. Dia ni jahat tapi baik sebenarnya (ayat paria). Dia suka sangat dengan Hazama. Dia kata Hazama handsome. Memang betul pun dia hensem. Dia jatuh cinta dengar suara Hazama. Twitter pun nama Hazama. Kiranya Hazama Loverss ah. Dan dia ni sebenarnya aku lah ha ha ha -..- tak lawak. Tahu. Deep.

Yang ni nama dia Nur Raisyah. Dia budak mata empat sama macam aku. Umur pun sama dengan aku jugak. Muka ala ala artis bollywood gituu. Ramai peminat. Untung aa. Dia ni kalau cakap tak pernah berhenti tapi aku suka dengar dia membebel takda lah sunyi sangat. Aku panggil dia Ecah. Hati dia selalu disakiti oleh lelaki tapi dia sabar :') SANGAT. ha ha ha sory ecah aku terlalu jujur.

Ni nama dia Nur Izaty. Aku panggil Atie je. Simple bukan. Yang ni kalau dressup uiii meletup letup sama macam ecah bukan macam aku buta fesyen hihi. Dia ni terlalu lah baik. Kalau musuh ketat ada masalah pun dia rasa bersalah. Aku pun pelik. Aku kenal dia dari darjah satu lagi. Aku kenal sangat perangai dia. Dia ni kalau dengar lagu asyik nak jiwang jee. Kan atie kan? aku tak tipu kan? hahaha.
Hok ni nama dia Hairul Nasyaruddin. Aku panggil anas je. Nama manja katekooo. Nak tahu dia yang mana satu ? Yang baju merah tu. Yang ni kepala gila gila sikit macam setan kepala enam tapi aku sayang dia. Dia cakap dia dalam proses nak berhenti merokok. Aku support dia dari tepi. Budak kolej vokasional ni. Asal balik je dia , satu petra kecoh dengan suara dia je. Dia suka panggil aku sayang. Eeiii meluat sebenarnya. Sumpah aku tak tipu! dia kawan aku dari tadika lagi. Rumah dia sebelah rumah aku je.
Yang ni? nama dia Zulfahmi. hihi dia adik angkat aku. Wuuu nak jugak aa berangkat angkat ni. Aku panggil dia Zul a.k.a adik ah. Dia ni pemalu. Aku sebagai kakak dia yang baik ni tak pernah dia nak tegur. Sedih. Tapi aku faham dia memang pemalu pun. Petang petang selalu usha dia dekat court takraw. Harini dia pakai baju merah maroon macam tu aa sama ah dik baju kita tadi ha ha ha ha. Keh sayang ngat ke aok dik :') tapi pasal bola dia real madrid sibuk dengan cr cr cr cr dia tu , kita tak samaa hahaha.

Three Weeks.

Hai Assalamualaikum cik cajaa kembali. Hihi rindu dekat fans fans sayaa (BAJET ARTIS) maaf lama tak update blog lupa password ah nasib baik ada save dalam fon lagi satu tu pun kena cari satu rumah. Entah mana aku campak fon tu rupanya dalam almari buku ha ha ha. Three Weeks? yes holiday!! tepuk tangan -.- sakai apa holiday homework banyak palih. Eeeii ini tidak adil! bila cakap taknak homework kang kita ni budak spm em emm. Terpaksa kena ada homework. Tapi kenapa banyak sangat cikgu? Tak kesian ke dekat kami? Orang lain bercuti kami nak cuti celah mana hm. Harini minggu terakhir cuti sekolah , okay homework 30% done. Apaaa? Okay what. Ingat aku rajin. Folio seni lagi nak kena buat haa. Ikutkan hati nak drop je seni tu tapi sayang nanti subject tinggal 8. Kalau ambik seni drop ekonomi asas kang tinggal 8 subject jugak. Kalau drop dua dua kang tinggal 7 -..- takkan nak ambik 7 subject pulak en. Serba salah aku. Hm kalau macam ni lah gaya macam mana nak pandai caja oii. Hantu malas masuk dalam badan ni kot , mungkin juga. Ishh mental aku fikir. Layan bola lagi baik. Pahang vs ATM. Fifa World Cup kitaa Brazil Power 2014 hihikk. Go neymar go! Sama? give me 5.
W/Rizqin A.K.A Bobotttt :)

Selfietimeee.